Am
-
Untuk Muslim sahaja.
-
Menghormati kawasan kejiranan, tidak membuat bisingsehingga mengganggu jiran-jiran.
-
Menggunakan peralatan perabot dan lain-lain dengan baik. Tidak boleh mengubah kedudukan perabot dalaman dan mengubahsuai.
-
Menggunakan air dan elektrik secara berhemah. Tutup suislampu, kipas, aircond dan peralatan elektrik lain apabila tidak diperlukan dan apabila keluar rumah.
-
Pastikan semua barang anda tidak tertinggal semasa check-out. Sekiranya tertinggal, sila maklumkan seberapa segera dan anda perlu mengambilnya. Sekiranya ingin diposkan, cas pos akan dikenakan.
-
Jika barang yang anda tertinggal dan berasa barang itu tidak berapa penting, mohon dihalalkan dan menjadi tanggungjawab pihak homestay untuk memanfaatkannya jika berguna.
-
Sekiranya anda tidak datang bersama ahli keluarga yang ada hubungan mahram anda dan rakan-rakan yang menginap mesti dari gender yang sama.
-
Anda harus meletakkan kenderaan di petak D108.
-
Anda hendaklah menggunakan kemudahan kolam renang dengan cara yang berhemah. Pas kolam renang akan diberikan dan segala kecuaian dan kecederaan adalah tanggungjawab sendiri.
-
Anda hendaklah membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di Asbah Homestay atau jika ingin membuang sendiri, sila masukkannya ke dalam tong sampah besar yang disediakan di bahagian belakang Blok C atau Blok D. Sila pastikan juga anak-anak anda tidak mencampakkan barang2 daripada tingkat atas ke bawah.
-
Anda tidak boleh membawa masuk barangan yang dilarang oleh undang-undang negara.
-
Hanya makanan dan minuman yang halal mengikut hukum syara’ (peraturan Islam) sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.
-
Anda adalah dilarang merokok di dalam rumah. Sekiranya ingin merokok, anda hanya dibenarkan merokok di balkoni sahaja.
-
Dilarang mengambil sebarang benda yang berada di Asbah Homestay.
Bayaran
-
Tempahan hanya akan disahkan (status ‘Booked’) setelah bayaran deposit sebanyak 40% dari jumlah keseluruhan bayaran.
-
Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui CIMB bank. Sila simpan / email bukti pembayaran (masa,tempat,tarikh) anda kepada kami.
-
Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam RM secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika mendaftar masuk.
-
Masa check-in adalah pada jam 2:00 petang dan check-outpada jam 12:00 tengahari.
-
Pihak kami tidak akan memulangkan deposit sekiranya pihak tuan membatalkan penempahan penginapan.
-
Untuk panggilan “housekeeping” bayaran RM30/hari akan dikenakan.
PIHAK PENGURUSAN ASBAH HOMESTAY PERDA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.
Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.